HARI- HARIKU

Saturday, 11 May 2013

www.tudungnur.com ceritaku dan tudung bidang 60


CERITAKU DAN TUDUNG BIDANG 60

Nama diberi Nufaisah Binti Zaluwi. Aku merupakan anak kelahiran Terengganu. Ya! Bila sebut je terengganu, ada jelah yang nak kaitkan dengan keropok la, kain batik la. Sebenarnya Terengganu memang banyak tempat yg menarik dan merupakan negeri yang agak banyak mempunyai sejarah. Tapi, aku bukan nak bercerita soal negeri aku, tapi ingin aku luahkan serba sedikit cerita tentang diri aku dan juga tudung yang begitu besar saiznya tetapi mempunyai nilai hargay yang sangat besar buat muslimah-muslimah yang ada dan masih bernafas di atas dunia milik sang Pencipta ini..
Ingin aku panjatkan kata syukur padaMu YaRobb kerana dengan izin Kaulah, telah ramai gadis diluar sana yang peka dan sedar akan indahnya dan pentingnya menutup aurat. Alhamdulillah.. tidak dinafikan lagi, boleh dikatakan, ramai juga artis yang berhijrah untuk bertudung dan menutup aurat dengan moleknya seiring dengan apa yang Allah perintah. Dengan tidak sedarnya, ramai anak muda yang mengikuti jejak langkah mereka kerana kita sudah sedia maklum bahawa anak muda zaman sekarang menjadikan artis sebagai idola. Sebagai contoh di sini adalah Diana Amir, Yatt dan ramai lagi. Mereka telah menunjukkan contoh yang baik uktuk peminat mereka dengan memberikan pengajaran dan berkongsi cerita saat dimana mereka mimpikan azab neraka yang begitu pedih buat sesiapa yang tidak menjaga maruah mereka. Alhamdulillah, rakyat Malaysia khususnya para remaja sudah mulai sedar walaupun kita tengok masih ada lagi segelintir yang berdegil tapi ingatlah bahawa nabi juga mengajar kita agar jangan berhenti untuk berdakwah dan ajaklah sahabat-sahabat kita ke jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah
Aku merupakan seorang penuntut di UiTM Dungun iaitu di Terengganu juga. Mungkin sudah takdir aku yang aku ni memang tak boleh terpisah dengan Terengganu. Hihihi.. tetapi, itulah hakikatnya. Sebelum aku menjejak kaki ke universiti, aku merupakan seorang perempuan yang amat biasa, tudung pun tidaklah labuh, dan bukanlah seorang perempuan yang selalu berjubah dan berbaju kurung. Aku sangatlah ‘simple’. Bila terjejaknya kaki aku di UiTM, MasyaAllah, agak terkejut kerana sungguh ramai perempuan yang bertudung labuh dan menjaga pemakaian dan penampilan diri. Sungguh aku katakan, mereka sangat comel dan saat itulah timbul dalam hati aku, ‘ bilalah aku nak berpakaian begini’. Sungguh, aku tidak tipu.. sampailah satu masa, aku pasang niat dalam hati, ‘kalaulah final ni aku lulus semua subjek, aku berniat yang aku ingin menjadi seorang muslimah dan mujahidah yang sejati’. Syukur Alhamdulillah, bila keputusan peperiksaan akhir keluar, aku lulus dan alhamdulillah Allah perkenankan doa aku untuk menjadi muslimah sejati.. syukur tak terhingga.. tapi, aku sedar, kalau kita nak berubah kearah kebaikan, kita tidak perlu menunggu masa, saat itu aku tahu yang aku khilaf tapi apa-apa pun, janji aku dengan Allah wajib aku tunaikan. Tudung 60’ adalah pembakar semangat untuk aku terus berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai. Sungguh dalam Al-quran juga ada menyeru agar kita berjilbab dan biarlah tudung kita melepasi dada agar tidak menampakkan perhiasan kita.. Alhamdulillah, dengan izinNya, dapat juga aku merasa bagaimana selamatnya jika kita berpakaian mengikut landasan syariat yang sebenar. Tudung bidang 60, moga kau terus memberi semangat untuk aku menjaga auratku dan tingkah laku ku.. insyaAllah

NUFAISAH BINTI ZALUWI

No comments:

Post a Comment